Salam pagi jumaat, arini nie saya nak share resepi dan step by step untuk buat apam nie, bagi sahabat-sahabat kat luar sana yang teringin nak mencuba bolehla ikut step by step dibawah nie yea, saya tahu dengan izin allah semua orang yang bersungguh2 nak mencuba pasti puashati bila apa yang kita nak buat berhasil kan, jadi apa kata kita cuba sendiri untuk buat apam nie kan,
Resepinya:-
3 Biji Telur
200gm Gula (kalau nak kurangkan pun boleh nak manis lagi tambah sikit lagi tapi kalau 200gm just nice tak manis sangat dan tak tawar sangat)
150gm Susu Segar/Susu Cair
250gm Tepung Gandun
3 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Ovallette
1 sudu Kecil Esen Vanilla
Langkah Pertama
masukkan telur,gula,ovallette dan esen vanilla
Langkah kedua
pukul semua adunan dengan kelajuan maximum
langkah keempat
masukkan tepung(yang sudah diayak bersama baking powder) sedikit demi sedikit
&
kemudian selang selikan tepung dengan susu
kacau lagi hingga sebati
dan kacau lagi
akhirnya nampak kegebuaannya kan hehehe!
asingkan beberapa bahagian dan letakkan pewarna
kemudian masukkan ke dalam bekas piping or plastik
letakkan bahagian bawahnya dulu
kemudian letakkan fillingnya
kemudian tutup filling semula
dah bolehla dicorakkan
dibawah ni contoh cara nak buat pattern ladybird yea....
pelbagai warna lebih meriahkan...dan kita juga boleh ubah mengikut kreativiti kita masing2 kan...
kawan kawan marila kita sama-sama mencuba yea, dimana ada kemahuan disitu ada jalan....mana tahu anda jadi macam saya dari suka-suka buat akhirnya rezeki ada disini untuk penuhi masa lapang saya .......so saya share sama-sama...sesungguhnya rezeki allah maha luas, dan ada dimana-mana saja... ;-)





No comments:
Post a Comment