Selamat datang buat semua pengunjung. Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan tempahan yang diterima sejak mula saya membuat dan menghias apam-comel dengan pelbagai hiasan seperti yang anda dapat lihat di sini. Bermula dari suka-suka dan diteruskan dengan tempahan kecil-kecilan untuk hari guru, harijadi anak jiran, majlis bertunang dan moga ia terus berkembang dan mendapat perhatian dari pengemar apam-comel di luar sana. Sebarang pertanyaan sila buat whatsapp/sms ke 0182494293.
Sunday, 29 July 2012
Tempahan Apam Repeat Order (33)
Salam Ramadhan dan salam hujun minggu, alhamdulillah hari nie saya nak share apam yang di repeat order oleh sahabat saya. Apam pilihan adalah Angry Bird warna pink dan kuning with mix filling blueberry,coklat dan peanut butter, ok saya share dengan anda semua gambar2 pilihan saya......
Friday, 27 July 2012
Tempahan Apam yang ke 8 dari Johor (32)
Segala puji pujian hanya pada Allah tuhan semesta Alam, rezeki di bulan ramadhan dari Allah taala buat saya untuk saya kongsi bersama anda semua, tempahan yang paling banyak saya terima buat masa nie iaitu sebanyak 500 biji dari sahabat saya Aryati Haffas dari Kota Masai Johor. Apam pilihan adalah 250 biji Angry Bird with coklat filling dan 250 biji Lady bird with blueberry filling alhamdulillah sempat siapkan walaupun sedikit letih di bulan ramadhan insyaallah saya share picture bersama model apam cilik saya dengan pelbagai aksinya yea ;-) hehehe...
Tempahan Apam yang keempat dari Melaka (31)
Alhamdulillah atas sokongan anda atas apam comel, another tempahan
dari Melaka sebanyak 150 biji dari 3 orang yang berbeza, terima kasih
buat Siti Azirah,Rosmiza dan Dr.Samad kerana sudi repeat order dari saya...50
biji pilihan Siti Azirah adalah 40 biji angry bird with coklat filling
dan 10 biji ladybird with blueberry filling begitu juga dengan Rosmiza
40 biji angry bird dan 10 biji Ladybird. Manakala Dr Samad pula inginkan corak
campuran insyaallah saya akan buat mengikut kehendak para pelanggan saya
yea asalkan anda gembira dengan hasil kerja saya sudah cukup memadai
yea...
Sunday, 22 July 2012
Tempahan Apam pertama di bulan Ramadhan (30)
Salam Ramadhan buat semua, syukur pada Allah atas limpah rahmat dan rezeki darinya, saya ingatkan bulan ramadhan nie takde la tempahan untuk apam nie almaklum la waktu ramadhan nie pelbagai kuih muih mudah didapati, tapi rezeki dari Allah tidakla saya menolaknya kan malah syukur masih ada kesempatan untuk mengapam lagi dibulan ramadhan nie kan, okla saya nak share tempahan pertama di bulan ramadhan untuk anda semua, pattern mix filling blueberry....
Saturday, 21 July 2012
Tempahan Apam (29)
Alhamdulillah another 50pcs order sebelum ramadhan semalam saya tak sempat post kat sini sebab lepas customer amik jer saudara saya dari kampung datang so skang nie sementara tunggu waktu berbuka saya upload gambar2 untuk share dengan anda semua yang ni request mix pattern and mix filling......
Friday, 20 July 2012
Tempahan Apam yang ketiga dari Melaka (28)
As Salam semua, hari nie saya nak share tempahan apam dari Melaka kali ke tiga, dari 2 orang yang berbeza, sorang nak 50biji dengan 40biji corak angry bird with coklat filling dan 10 biji corak ladybird dengan blueberry filling...
dan yang kedua pula 100 biji dengan pattern angry bird, ladybird dan strawberry, filling mix coklat, rasberry dan blueberry
50 biji angry bird
25 biji strawberry
Thursday, 19 July 2012
Tempahan Apam yang Kedua dari Officemate Hubby (27)
Selamat pagi semua, Alhamdulillah syukur kita panjatkan ke hadrat Allah atas rezeki yang tak pernah kurang, hari nie saya nak share tempahan apam dari officemate hubby nie yang kedua kali, most of my customer banyak yang suka cartoon character dan apam2 yang diorder juga untuk anak-anak kesayangan mereka, yang belum cuba macam mana tak nak cuba dengan izinnya Allah pasti anak-anak anda akan mengemarinya? okla yang tengah hangat di pasaran sekarang apam angry bird kenapa saya cakap popular saya sendiri banyak terima tempahan untuk angry bird anda tak nak mecuba ;-), untuk customer saya yang nie dia nak mix pattern untuk anak dia so saya buat untuk dia spongebob,patrick star, watermelon, strawberry,ladybird dan yang popular angry bird with mix filling iaitu rasberry,blueberry and chocolate, ok insyaallah saya kongsikan gambar-gambarnya yea.....
Tempahan Apam yang kedua dari Melaka (26)
Alhamdulillah selepas saya dapat order dari Melaka 2 hari lepas saya dapat lagi repeat order yang kedua syukur alhamdulillah apam saya diterima, apam yang direquest adalah 40biji Angry bird dengan filling coklat dan 10 biji Ladybird dengan filling Blueberry.....so insyaallah nie yang saya kongsikan bersama anda di blog ini.....
Subscribe to:
Comments (Atom)




















































