Selamat datang buat semua pengunjung. Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan tempahan yang diterima sejak mula saya membuat dan menghias apam-comel dengan pelbagai hiasan seperti yang anda dapat lihat di sini. Bermula dari suka-suka dan diteruskan dengan tempahan kecil-kecilan untuk hari guru, harijadi anak jiran, majlis bertunang dan moga ia terus berkembang dan mendapat perhatian dari pengemar apam-comel di luar sana. Sebarang pertanyaan sila buat whatsapp/sms ke 0182494293.

Saturday, 30 June 2012

Tempahan Apam untuk jualan di sekolah...(23)

Salam semua, alhamdulillah dah settle semua kerja-kerja barula boleh singgah kejap kat blog saya nie, just nak share hari nie ada tempahan dari jiran untuk di jual di sekolah, jadi saya pilih untuk membuat apam angry bird memandangkan budak-budak sekolah sekarang nie sibuk jugak ber 'angry bird' kan, ;-) jadi filling yang sesuai untuk budak-budak sekolah saya pilih coklat ok kan, apa pun inila hasil apam angry birdnya....


Thursday, 28 June 2012

Tempahan Apam untuk Majlis Pertunangan (22)

Alhamdulillah, hari nie saya dapat tempahan untuk majlis pertunangan, jadi tema yang dipilih adalah pink and white dan saya letak dark pink sedikit untuk border setiap wording...insyaallah moga customer saya nie happy la hendaknya yea!

(28 June 2012)

Tempahan Apam untuk di hantar ke gerai makan....(21)

Alhamdulillah, akak dikedai berhampiran request untuk letakkan apam di gerainya lagi, jadi all the preparation untuknya dah siap nie la hasil apam untuk hari ini....


si kecik ni pun nak jual apam jugak, mari...mari.....2 singgit...2 singgit... ;-)

tak sabar sebenarnya tue, sebab dia pun nak ngapp tue, ditenung yang mana satu pilihan hati....at last warna pink jugak anak ummi nie pilih yea hehehe!



(28 June 2012)

Tuesday, 26 June 2012

Tempahan Apam order from Ampang 2 (20)

Saya terima tempahan 100 biji dari kawan sekolah rendah saya dahulu, dia nak apam angry bird untuk majlis hari lahir pada keesokan harinya...filling mix, coklat,blueberry and peanut butter...

(22 June 2012)

My 2nd Son Birthday

on 6 june 2012 my son 6th birthday, jadi dia tak request kek dari saya but dia request apam ;-) so hari special nie i made a special apam for him, dan dia suka sangat-sangat kay hehehe alhamdulillah, jadi saya nak share apam yang saya buat istemewa di hari lahir anak saya....

 nie belum dikukus lagi....



Alhamdulillah anak saya sukakanya.....

Tempahan bugs apam and blueberry cheese tart (19)

Alhamdulillah rezeki dari Allah kali nie saya nak share lain sikit, firstly saya dapat order mcm biasa 50biji apam ladybug dari kakak saya dan kemudian kakak saya memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya untuk mencuba cheese tart, dan kakak saya juga orang pertama yang menempahnya ;-) so saya pun dah belajar2 untuk mencuba buat cheese tart dan ingin kongsikan dengan sahabat2 saya di blog ini, dan lihatla hasilnya tempahan pertama cheese tart saya.....

saya rasa banyak lagi yang kena saya pelajari untuk tingkatkan mutu cheese tart saya nie heheheehe tapi okla kan jualan cheese tart pertama saya nie hehehe!

(31 May 2012)

Tempahan from my Ex Colleague At Ascott (18)

Alhamdulillah, rezeki allah makin datang saya terima tempahan 100 biji dari ex colleague saya dulu, saya pun siapkan la tempahannya, pattern bugs filling blueberry..

(30 May 2012)

Tempahan Apam Comel dari Terengganu (17)

Tergoda melihat apam sahabat saya yang ke Johor, salah seorang sahabat saya di Terengganu pun nak mencuba alhamdulillah dia request pattern angry bird, selamat pos ke johor petang tue juga saya pos ke terengganu untuk sahabat saya seorang lagi, keesokan harinya dua-dua sahabat saya terima dengan selamat dan dapat menikmati apam2 tue.... ;-) mood Happy...

(29 May 2012)


Tempahan Apam Repeat Order yang 7 dari Johor (16)

Another repeat order from my dear friend Marina, hehehehe kali nie marina nak 100 biji, Design Mix cartoon character and mix filling too..

(29 May 2012)

Monday, 25 June 2012

Tempahan Apam dari budak-budak sekolah (15)

Hah nie yang seronok bila dah layan budak2 sekolah hehehehe, mereka rajin la menempah untuk ukir nama2 sahabat or rakan2 mereka..order ni saya terima dari budak-budak sekolah berhampiran rumah saya, ukir nama atas apam ;-)

(24 May 2012)

Tempahan Apam Bugs untuk di hantar ke kedai (14)

Apam-Apam bugs nie tengah bersusun beratur untuk dihantar ke kedai berhampiran rumah saya....

(23 May 2012)

Tempahan Apam Sempena Hari Guru (13)

Saya telah menerima tempahan dari Jiran saya sempena Hari Guru, di setiap tempahan saya letakkan nama-nama guru seperti yang diminta....

  
(16 May 2012)


Tempahan apam untuk anak buah dan kakak saya (12)

Tempahan dibuat untuk menyambut kelahiran anak buah dan kakak saya....ditengah-tengah tue kek coklat moist wording ala ala 3 d gitu heheehehe tak berapa nak jadila...

(6 May 2012)

Tempahan Apam dari Rawang (11)

Order dari sahabatku di Rawang....untuk anak - anak buahnya, jadi saya just mix all the cartoon character for my friend....

(28 April 2012)

Tempahan Apam untuk Farewell Party (10)

Another order from my beloved sister untuk kawannya for farewell party celebration, Alhamdulillah apam diukir dengan nama and bugs and strawberry...

(19 April 2012)

Tempahan apam Repeat Order yang ke 6 dari Johor(9)

Alhamdulillah repeat order dari sahabat saya yang dikasihi, saya pun telah membuat apam mengikut permintaan beliau, apam dibuat dengan warna-warna yang lembut serta di tulis nama anak2 nya...as per her request i present this.....

(28 April 2012)

Tempahan Apam dari ampang - Taman Cahaya (8)

Alhamdulillah dari saja-saja buat untuk anak2 hinggalah terus berkembang order dari kawan-kawan, order seterusnya dari kawan saya di Taman Cahaya Ampang, tema campur untuk dibawa oleh anaknya ke sekolah, pada tempahan nie juga saya ada cuba pattern baru iaitu tembikai.....

(26 April 2012)

Tempahan apam yang ke 5 dari Johor (7)

Apam yang ke 5 di pos ke Johor Bahru, apam yang nie ada pattern baru iaitu partner kepada spongebob....PATRICK in the house....


 (26 April 2012)

Tempahan apam yang ke 4 dari Johor (6)

Bila melihat 3 orang kawan saya telah mengorder apam, seorang lagi kawan saya tergoda dengan apam saya heehehe akhir membuat tempahan sebanyak 150biji. untuk sahabat saya yang sorang nie disebabkan ordernya agak banyak saya telah mencuba pelbagai bentuk antaranya,angrybird, bugs,elmo,spongebob,domo,bee & strawberry lihatla hasilnya seperti dibawah nie semuanya cubaan pertama saya......

spongebob dan elmo

strawberry dan rainbow

(18 April 2012)

Tempahan apam yang 2nd and 3rd ke Johor(4&5)

Bila tgk apam saya yang pertama sampai dengan selamat dan sejahteranya maka lagi 2 orang kawan saya ingin mengikut jejak langkah sahabat saya yang pertama hehehehe so terhasilla apam ke johor yang ke 2 dan ke 3 seperti di bawah......


dan untuk sahabat saya yang nie dia request cup A lebih kecil sedikit berbanding biasa cup B, dan di suka bentuk angry bird, jadi cubaan pertama saya untuk buat bentuk angry bird juga berhasil walaupun takla terlalu menarik tapi adala rupa kan kan heheheeh.....

(18 April 2012)

My First Order From Johor...(3)

Kawan Baik saya sangat teruja melihat gambar-gambar apam yang saya publish kan di Facebook saya, jadi dia sanggup menanggung risiko untuk order dari saya....saya pun tak pernah pos apam ke mana-mana kiranya ini kali pertama apam saya nak menjejakkan kakinya hehehe ke johor bahru, saya pun menerima tempahannya....alhamdulillah selamat sampai cuma ambil masa satu hari sahaja dan kawan saya pun menerima apam saya dengan hati yang girang hehehehe......

(16 April 2012)

tengok tue gembira kawan saya terima apam tue, ni kira apam pertama yang di pos ke johor bahru...

My First Ladybird Apam (2)

Saya mendapat kepercayaan sekali lagi dari kakak saya dan mendapat order lagi sebanyak 50 biji ;-), kali nie saya nak cuba lain pulak selain dot dot dan dot, saya banyak nampak penjual apam membuat apam bugs saya pun tak terkecuali untuk mencuba, dan cubaan pertama saya telah saya luahkan hehehe pada repeat order kakak saya dan ternyata berhasil, jadi inila saya perkenalkan apam ladybug pertama saya ;-)

(12 April 2012)

My First Order (1)

Kehangatan masih terasa dan bila dah start buat apam nie Alhamdulillah seronok rasa mungkin sebab minat kot ;-), Alhamdulillah saya dapat order pertama dari my beloved sister yang percaya pada saya hehehe, then saya try double dot lebih nampak menarik dari satu dot sahaja dengan 3  combination colour sahaja amat menarik, jadi ini hasil apam pertama saya yang terjual ;-)

(19 March 2012)

Pisang oooo...Pisang....

setandan pisang ada kat atas meja, niatnya untuk bagi anak-anak makan tapi tak berusik nampak, daripada terbuang saya terfikir untuk mempelbagaikannya, jadi terhasil la apam pisang yang pertama saya hehehehe!

(28 March 2012)

My Second Apam ;-)

Teringat apam pertama haritue......dan the best part mendapat sambutan dari anak2, teruja untuk mengulanginya semula, saya mula memikirkan sesuatu yang lain dari dot..dot....kepala pun memikirkan sesuatu yang lebih menarik dan My second apam nie saya cuba buat lebih menarik dengan triple dot dot dan rainbow.......lihatla dibawah hasilnya....

(29 March 2012)

My First Apam

As-Salam buat semua.......

Terfikir-fikir agak lewat utk memulakan blog dari awal tapi everything still fresh lagi rasanya ;-) bermula daripada minat melihat orang mengapam saya pun teruja untuk mencuba....langkah pertama mencari resepi dari myresepi.com.my berhasil, saya mengambil resepi dari lyne http://www.myresipi.com/top/detail/12445, sangat teruja untuk membuat apam sampai kan saya tak masak lunch hari pertama membuat nya hehehehe dan inilah hasil apam pertama saya

(2 February 2012)